Friday, 28 June 2013

Bab 1 - Hijau itu aku!

Hai, assalamualaikum.. Athirah here! xD



Afina, berumur 12 tahun dan terlalu obses dengan tudung. Bukan tudung berwarna-warni yang digemari setiap perempuan seusia dengannya, tetapi tudung yang warnanya hijau. Bila besar nanti, dia bercadang untuk mengikut jejak langkah ibunya, iaitu membuka sebuah butik. Tetapi, dia bercadang untuk membuka butik tudung, bukan butik baju kurung seperti ibunya itu. Tetapi butik yang ingin dibukanya bila besar nanti lain dari yang lain iaitu...(Awak fikirlah sendiri!). Semangatnya semakin kuat apabila mengetahui warna hijau adalah salah satu daripada warna kegemaran Nabi Muhammad SAW. Afina tidak boleh membayangkan hidupnya tanpa tudung berwarna hijau.


BAB 1

   “ Kamu berdua, mahu ikut ibu ke butik? Ibu perlu memantau kerja-kerja yang dilakukan pekerja ibu. “ Puan Farihah spontan bertanya kepada kedua anak perempuannya yang sedang menonton televisyen dengan mata yang berair. Mereka berdua bukannya menangis, tetapi ketawa sehingga mengeluarkan air mata.
   “Tidak apalah ibu. Lina tidak mahu ikut. Lagipun sekarang Lina tengah menonton cerita kartun ini. Sungguh kelakar. Sehingga pecah perut dibuatnya.” Alina menjawab sambil matanya masih melekat di hadapan televisyen. Seperti dilekatkan dengan sebotol gam gajah yang terlebih kuat.
   “Amboi anak ibu ini, kartun sahaja ditontonnya. Cubalah tonton cerita yang berfaedah sedikit. Seperti Tanah kubur ataupun Tanyalah Ustaz.”
   “Tetapi ibu, Tanah kubur dan Tanyalah Ustaz tidak disiarkan sekarang, macam mana mahu tonton.” Jawab Alina selamba.
   “Kalau ibu masih melayan kamu, sampai esok pun tidak habis. Kamu pula Afina? Mahu ikut?” Puan Farihah mengalihkan pandangannya kepada anak perempuannya yang lagi seorang.
   “Cerita ini kelakar, tetapi mendengar Kak Qaira melatah lagi kelakar, hehehe..” Afina turun dari sofa dan memakai tudungnya yang berwarna hijau. Kak Qaira ialah pekerja paling lama bekerja di butik Puan Farihah. Afina dan Alina sangat suka mengusik dan mendengar latahan Kak Qaira.


  “Eh, kakak mahu ikut ibu? Kalau begitu, Lina pun mahu ikut juga.” Lina berkata sambil tergesa-gesa bersiap dan mengambil tudungnya. Afina dan Alina ialah adik beradik. Afina lahir 9 minit lebih awal daripada Alina. Jadi, 9 minit itulah telah membezakan mereka. Afina ialah kakak dan Alina ialah adik.
   “Eh, baru sebentar tadi kamu kata tidak mahu ikut, pantasnya kamu menukar fikiran ya Lina.”
   “Hehe..” Lina ketawa perlahan. Menyembunyikan perkara yang sebenar. Dia mempunyai sebab tertentu mahu ikut. Iaitu sebenarnya dia takut mahu tinggal seorang diri dirumah. Semalam, dia dan kakaknya menonton cerita hantu pada waktu malam. Terbayang-bayang lagi wajah hantu yang hodoh itu.
   Afina hanya tersenyum.
   “Hmm...ibu. Bolehkah Lina singgah di situ sebentar?” Aflina berkata dengan nada manja. Dia baru teringat ada benda penting yang mahu dibelinya.
   “Kamu mahu beli apa Lina?” Puan Farihah bertanya curiga. Pasti ada benda yang disembunyikan anak bongsunya itu.
   “Sekejap saja ibu..Ada barang penting mahu dibeli.” Aflina masih memujuk. Sekira ibunya tahu dia mahu membeli apa, pasti ibunya curiga dan habislah pecah rahsia Afina.

   “Okey, ibu izinkan kamu membeli ‘barang yang penting’ itu.” Puan Farihah berkata sambil menyelongkar dompetnya untuk mengambil wang.

ADA IDEA TAK MAHU SAMBUNG? xD

Thursday, 20 June 2013

Assalamuaikum, haha.. my blog is just simple right?
Yeah, i know xD
Hmmm, masih keliru dengan kata ganti diri.
Saya atau aku?
hehe :) tak yah kisahlah fasal bende tuu..